Jadi, dia terpaksa pergi dengan seorang. Apa yang pelik iaitu, bayangan atau gambaran Si Misteri langsung tidak bermain dalam fikiran dia lagi. Sebaliknya dia ingin melupakannya. Sudah tentu tidak kerana apa yang pasti dia tidak mungkin akan lupakan dengan mudah. Setelah sampai di kafeteria, dia pun terus mengambil sekeping pinggan makan. Banyak lauk dan sayur-sayuran telah tersedia di depan mata dia. Melihat setiap satu lauk demi satu lauk sambil jari telunjuk kanan berbelek-belek terhadap lauk tersebut. Kelakuannya agak mencomelkan kita. Betul ke? Hehe...Ting ting... ting ting.. Telefon bimbit dia bergetar di atas meja makan. Apabila sudah mahu makan tetapi bunyi telefon bimbit telah menghalang dia daripada menelan nasi. Dia segera melihat handphone dan mendapati ada sebuah mesej daripada Si Misteri. Rasa selera dia sudah hilang dengan pantas. Dalam mesej Si Misteri itu berkata, "Ukhti, boleh tak enti datang jumpa ana di gate? Ana ada beberapa sesuatu hendak cakap dengan enti", kata-kata SM dalam mesej itu. Dan dia pun membalas mesej itu dengan berkata, "Okey, ana akan pergi jumpa enta sekarang juga. Tunggu sekejap ya". Debaran hati dia makin bertambah. Dia masih ragu-ragu samada dia kena jumpa Si Misteri atau tidak. Lalu dia meninggalkan kafeteria dan menuju ke pagar di belakang kampus asrama. Akan tetapi, hasrat hendak berjumpa Si Misteri tidak menjadi. Sebaliknya dia beredar ke tempat lain pula. Dia merasakan agak tidak sedap hati jika dia pergi ke pagar yang diawasi oleh satu atau dua orang pengawal kampus. Sebab itulah dia terpaksa menolak suruhan Si Misteri dan juga tidak mahu nama baik dia tercemar disebabkan masalah disiplinnya. Entah-entah SM sedang menunggu di pagar masa itu.
Selepas itu, dia berjalan di tepi jalanraya dalam kira-kira kurang dua kilometer dari kampus. Dia mulai tidak larat untuk menggerakkan kedua-dua kakinya yang semakin lemah. Ukuran dua kilometer merupakan jarak agak jauh bagi pejalan kaki. Dia tidak mahu dijumpai oleh kawan-kawan terutamanya Si Misteri. Ketika dia sedang berjalan, dia ternampak ada sebuah tempat menunggu bas yang berhampiran. Dan dia pun terduduklah berehat tidak lama kemudian. Banyak kenderaan yang sentiasa berlalu lalang di jalanraya. Tak lama itu, dia ternampak ada sebuah kereta berjenama Myvi yang sedang mencari parking. Si pemandu tidak kelihatan kerana tingkap kereta agak gelap dan ia mengaburkan mata dia yang sepet comel. Dia cuba memerhatikan gerak hati pemandu Myvi dari pandangan yang jauh. "Adakah itu akhi Si Misteri? Harap-harap tidak", bisik hatinya. Kemudian, si pemandu sudahpun keluar dari pintu keretanya. Betullah si pemandu yang berpakaian t-shirt berwarna putih itu adalah Si Misteri! Alangkah terkejutnya dibuat oleh SM. Tetapi, SM tidak perasan atau tidak tahu bahawa dia memang berada di tempat menunggu bas. Dia cuba memusingkan ke belakang agar tidak terlihat oleh SM sambil melabuhkan seluruh anggota badan seperti orang Arab. Dia cepat-cepat menghantarkan mesej ringkas kepada Si Misteri melalui pesanan telefon bimbit (SMS). Situasi cuaca masa itu semakin mendung semakin kencang. "Akhi, kenapa enta masih mencari ana?", kata comel dia dalam SMS. Si Misteri telah mendapat mesej dan membacanya. Muka SM berpusing kanan kiri kanan dimana dia berada. Oleh kerana susah nak cari, maka SM menelefon dia segera.
Dialog mereka berdua berbunyi perang seperti dibawah,
SM : Assalammualaikum. Hey ukhti, dimanakah enti sekarang? Ana tengah mencari enti lah!
Dia : Hmmm...
SM : Ukhti, dengar suara ana tak? Enti kat mana sekarang? Ana nak jumpa enti.
Dia : Enta lah yang sombong dan ego sangat! [suara tegang]
SM : Tidaklah ukhti. Enti salah faham nampaknya.
Dia : Tapi pasal hari itu kenapa?! Enta memang bersikap ego terhadapa ana! Sakit hati ana tahu.
SM : Ya Allah! Okey okey, ana mengaku ana yang bersalah. So, enti dimana sekarang? Ana benar-benar ingin jumpa enti. Dari tadi kat gate ana dah lama tunggu enti tapi enti tak muncul-muncul lagi. Puas ana mencari enti merata tempat. Adakah perkara ini masih tak cukup bagi enti? Kita bawa berbincang ini. Please.. please.. Tolonglah ukhti. [kata-kata merayu]
Dia : Hmmm... Okey, ana kat sinilah. [suara makin lembut]
Dia cuba melambaikan sebelah tangan kanannya terhadap Si Misteri sebaik sahaja tamat perbualan telefon tadi. Dia nyaris-nyaris hendak nangis tetapi cuba menyembunyikan perasaan sedih. Cuaca masa itu mendung pada mulanya dan kini semakin malap. Maka, turunnya hujan yang lebat. SM masih samar-samar kerana tidak nampak dia apa-apa hinggakan SM berjaya menemui dia. Hati dia tergelak-gelak apabila melihat kepala Si Misteri berpusing mengikut bulatan. Kemudian, SM tersenyum sambil membalas dengan melambaikan kepada dia semula. Isyarat itu memberitahu bahawa SM menyuruh dia datang kepada SM. Itu pun dia bergegas pergi jumpa SM yang tidak jauh antara jarak mereka. Keadaan semakin hujan lebat. Semasa sahabat saya hendak melintasi di jalanraya, tiba-tiba ........ Proooooommm!!!!! [bunyi hon sebuah kenderaan]

Tiba-tiba sahabat saya telah terjaga dari tidur. Rupa-rupanya itu hanyalah mimpi buruk! Hampir seluruh anggota badannya berpeluh basah dan mukanya membiru. Astaga... Yang paling penting, dia dapat bernyawa lagi selepas mengalami mimpi ngeri. Sejak itu, dia sudah tidak mengalami perkara itu lagi. Beginiah jalan cerita mimpi sahabat saya yang saya telah mengarang ini.
~P/S~
Selepas saya habis mendengar luahan cerita sahabat itu, saya mendapati Si Misteri mungkin adalah calon suami masa depan yang amat sesuai untuknya. Kalau bukan, adalah mustahil yang dia sentiasa memikirkan tentang Si Misteri. Ditambah bukti yang lebih kukuh iaitu Si Misteri juga asyik mencari dia di dalam babak mimpi tersebut. Saya tidak tahu nama sebenar Si Misteri kerana sahabat saya tidak pernah beritahu saya semasa dia meluahkan pada saya. Jadi, saya faham-fahamlah. Ini saya cuma buat andaian sahaja. Pasal tentang lokasi-lokasi dalam mimpi dia juga tidak diketahui tetapi dia sendiri pernah kata yang kejadian itu berlaku di kawasan Politeknik walaupun bukanlah yang betul-betul. Mungkin tempat itu lain daripada yang lain. Jika anda termasuk blogger yang lain-lain, bolehlah beri sebarang komen pasal ini. Segala komen yang berunsurkan negatif seperti kata-kata kurang hormat, pedas, lucah dan sebagainya tidak akan dilayan. Tetapi saya sedia terima pendapat-pendapat kritik. Okey, syukran (terima kasih)!




0 comments:
Post a Comment