BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 30, 2011

Rahsia Bulan dan Kelahiran dlm Islam

Rahsia Bulan dan Kelahiran dlm Islam

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sahabat Bermimpi Buruk 1 - Mengejar Seseorang


Sejak kebelakangan ini, ada seorang sahabat saya telah menceritakan tentang mimpi buruk beliau. Dia sendiri telah meluahkan tentang itu kepada saya. Saya mendapati dia seperti dirinya sedang mengalami kesusahan. Hati saya berasa sayu rayu secara tiba-tiba. Jadi, saya cuba menenangkan beliau dan mendengarkan masalah yang dihadapi oleh sahabat saya tadi. Saya pernah menasihati beliau agar bawa muhasabah diri dan mengesakan Allah. Tetapi, saya sendiri agak tertarik apa yang dia telah luahkan masalah tersebut. Saya menganggap segala masalah dia seperti masalah saya sendiri. Apatah lagi dia sahabat se-Islam saya. Mungkin itu sudah menjadi surat takdir bagi saya yang mahu menolong dia daripada bermurung keseorangan. Beginilah jalan cerita mimpi buruk dia yang telah diceritakan kepada saya pada bulan Mei lepas.


Bayangan mimpi
Gambar hiasan

Sudah beberapa kali dia telah mengalami mimpi buruk yang amat menakutkan dia. Dia mengatakan dia telah memimpikan tentang seseorang yang penuh bermisteri. Bagi memudahkan kita baca jalan cerita mimpi ini, saya namakan seseorang yang tidak dikenali itu, Si Misteri. Sebelum ini, sahabat saya telah difitnah yang bukan-bukan oleh kawan-kawan dia. Dia berasa sangat sedih dan terhina. Sebenarnya dia langsung tidak pernah buat sesuatu yang haram atau dosa. Tanggapan kawan-kawan dia adalah tidak benar. Mereka telah bersangka buruk terhadap dia, astaghfirullahalazim. Perkara itu menyebabkan dia menjadi terpinggir hinggakan dia berlari ke sesuatu tempat untuk mencari ketenangan jiwanya. Dia berada di atas bukit yang sungguh hijau-menghijau dan indah. Dia sedang bersandar atas tanah bukit yang merangkumi berbagai-bagai jenis rumput sambil dia menangis sejenak panjang. Di situlah dia sentiasa mencari ubat untuk penyakit hati susahnya jika dilanda ujian Allah tidak pernah terhenti-hentinya. Namun, dia masih terus bersabar dan berhati cekal. Inilah kekuatan dia sebenarnya. Selepas itu, dia terfikirkan tentang seseorang yang sungguh 'terang' iaitu, Si Misteri. Ia muncul dalam fikiran sahabat saya secara tiba-tiba. Dia pun segera pergi mencari Si Misteri itu.


Green Hill
Gambar hiasan

Pada hari keesokannya, dia dan seorang kawannya (saya namakan dia sebagai SC) pergi ke kafeteria untuk makan sarapan mereka. SC adalah rakan sebilik asrama dia dan beragama Kristian. Mereka sudah lama bersahabat sejak kecil lagi. Ketika itu, niat dia sebenarnya ingin mencari Si Misteri disitu. Jadi, dia pun sedang menunggu kedatangan Si Misteri dengan mukanya yang sangat mengharap sambil berbual dengan kawannya, SC. Setelah jamuan selera mereka habis dimakan, lalu SC mengatakan dia sepatah ayat. "Kenapa enti selalu berasa tenang hati apabila melihat ke arah seseorang itu yang begitu soleh (Si Misteri)?", ujar SC itu. Tetapi dia terus membisu diri sendiri menandakan dia seperti tidak mahu jawab soalan SC tersebut. Kemudian, muncullah kawan-kawan dia yang berada disekeliling mereka masih tidak serik mengejek dia kecuali SC. Selepas itu, dia cuba jauhkan diri dan keluar dari kafeteria dengan perasaan agak berbaur. Sudah pasti dia tengah bersedih. Air matanya telah membasahi kedua-dua belah pipinya yang sering. Dia berlari-lari dan terus mencari Si Misteri. Si Misteri langsung tidak masuk kafeteria selepas kejadian tadi. Dia langsung tidak kenal erti putus asa demi mencari Si Misteri tanpa rasa penat. Adakah dia akan jumpa orang itu pada satu hari nanti? Kita lihat dan baca dibawah lagi. Hehe..


Keegoan Superman huhu..
Gambar hiasan juga

Masa sudah terlalu lama dia masih mencari Si Misteri di merata tempat termasuk atas bukit tetapi masih tidak jumpa lagi. Dia tetap berjuang dengan sehabis-habisnya. Masha-Allah, saya berasa sungguh terharu dengan kekentalan semangat sahabat saya yang memang mempunyai sifat yang begitu tinggi. Tiba-tiba, dia telah berjaya menemui Si Misteri (SM) akhirnya! Dia cuba meneguri SM dengan segera. Tidak lama itu, SM yang sedang berbual-bual dengan kawan-kawanya telah menjadi ego terhadap dia sebaik sahaja SM ditegurkan. Dia sendiri agak terkejut setelah melihat Si Misteri menjadi sangat ego sedangkan dia sebenarnya seorang yang kuat beriman. Kejadian itu menyifatkan mereka berdua seolah-olah bermusuhan sesama manusia tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya Si Misteri tidak menunjukkan sebarang keegoannya terhadap dia. Jadi, kenyataan dia hanyalah sebuah tanggapan sahaja. Selepas itu, ....... [akan bersambung lagi]

Sahabat Bermimpi Buruk 2 - Bertemu Si Misteri


...[bersambung] Selepas itu, dia kembali ke asrama selepas peristiwa yang tidak kompleks atau implisit. Dia tidak kata dimana tempat kejadian itu kepada saya. Kemudian, Si Misteri pula entah kemana dia pergi selepas itu.

Sudah beberapa hari yang telah berlalu. Dia asyik bermurung dengan seorang di dalam biliknya. Kedua-dua matanya menjadi lembap. Malahan, kesihatan dia menjadi tidak seimbang. Dia kurang makan kerana Si Misteri. Rakan sebilik dia, SC pula masih tidak pulang lagi walaupun dia sudah lama keluar. Masa itu adalah hari cuti kuliah. Jadi, sahabat saya mulai mengambil langkah keluar dari biliknya dan menuju ke kafeteria untuk mengisi perutnya. Sebenarnya, dia pergi ke sana semata-mata mahu jumpa Si Misteri. Hati dia sering berbisik-bisik pasal 'kecahayaan' Si Misteri. Bagi dia, Si Misteri adalah seorang yang terlalu ego tetapi bukan egois sangat seperti yang saya telah katakan tadi. Dia cuma sendiri sukar mahu bayangkan itu. Dia tentu tahu bahawa peluang untuk temu Si Misteri agak sangat tipis kerana SM tidaklah selalu mengunjungi kafeteria. Kalau ada, SM hanya akan datang masuk untuk makan sahaja dengan rakan-rakan pria (lelaki) asrama sahaja. Kemudian dia terus balik ke kamar putri (bilik asrama perempuan) dengan perasaan yang sangat hampa. Bagaimanapun, dia masih meneruskan misinya selagi impian dia tidak direalisasikan lagi.

Tidak sampai sejam kemudian adanya seorang kawan putri (saya namakan dia sebagai MW) sendiri telah memberitahu dia bahawa Si Misteri ingin jumpa dia di kafeteria. Dia tidak menyangka dan sangat terkejut apa yang disampaikan oleh MW. Hatinya menjadi gembira dan tenang dengan secara perlahan-lahan. Si Misteri sememangnya sedang mencari-cari dia di seluruh merata tempat. Rupanya SM sendiri tidak tahu yang dia telah lama menunggu SM di kafeteria tadi. SM tidak perasan kerana tidak fikir akan kafeteria. Tidak lama itu, dia keluar semula dari biliknya dan menuju ke kafeteria untuk jumpa Si Misteri. Setelah sampai di kafeteria, dia menduduki atas kerusi yang lusuh tapi masih elok lagi sambil menanti-nantikan kedatangan Si Misteri. Lima minit kemudian, tibalah Si Misteri di kafeteria dan mencari dia. Mereka telah bersua akhirnya. Bagaikan mereka baru berkenalan sahaja. Mereka mencari tempat duduk yang berhampiran dengan kaunter bayaran di cafe. Jarak kedudukan mereka dijarangkan kerana mereka bukan 'hubungkait' seperti yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. Si Misteri berkata, "Ukhti, ana amat risaukan anti. Dah lama ana cari-cari anti di merata tempat. Akhirnya ana dapat berjumpa anti, alhamdulillah", katanya yang serius dengan perasaan gembira. Dia yang sambil memandang ke arah muka SM yang penuh bercahaya terang itu nyaris-nyaris mendekati SM apabila mendengar kata-kata enak tu tetapi nasib baik SM dapat mengelakkan diri. Lantas SM bersikap ego semula terhadap dia yang tanpa berasa malu atas perbuatannya yang kurang sopan. Astaghfirullahalazim.


AMARAN!
Jangan cuba tiru aksi ini

Sebagai akibatnya, dia telah berbalah dengan Si Misteri walaupun sekejap sahaja dalam perbualan mereka. Dia telah bergegas balik ke bilik asrama dan berkurung diri semula. Dia hairan kenapa SM cepat mudah menjadi ego walaupun dia tidak pernah sentuh apa-apa pada Si Misteri. Dia asyik memikirkan tentang keistimewaan SM. Dia menyangka Si Misteri tidak tahu apa-apa tentang dia. Namun, ternyatalah bahawa SM sememangnya banyak tahu tentang dia sendiri tetapi berpura-pura atau hipokrit. Dia tidak suka pada sikap SM yang ego. Hal itu semakin merunsingkan dia. Kalau tidak suka, lebih baik jangan terus berkawan. Itu cuma cadangan saya sahaja. Si Misteri pula sudah 'hilang' di kafeteria sebaik sahaja kejadian tersebut. Pada lewat petang itu, SC telah kembali ke asrama putri. SC membukakan kunci pintu dan memasuki biliknya. SC mendapati bahawa rakan sebiliknya yang sedang bersedih sambil mentasbihkan diri sendiri dengan menggunakan serantai manik. SC menggeleng kepala menandakan rasa kesian terhadap sahabat lamanya. Lalu SC menyebut nama sebenar Si Misteri dihadapan dia. Ini bermakna SC seperti sudah tahu siapakah Si Misteri yang sebenar. Tetapi dia menolak kenyataan daripada SC kerana dia sendiri tidak tahu siapa pria misteri tersebut. Dia terlupa tanya kepada SM ketika berada di kafeteria tadi. Selepas itu dia menyambungkan bertasbih dan mengingati Pencipta-Nya. [akan bersambung lagi]

~P/S~
Pada pendapat saya tentag jalan cerita mimpi sahabat saya diatas ini, saya berasa hairan kenapa dia sentiasa mengikuti atau mengejar seseorang misteri sedangkan dia tidak tahu nama SM yang sebenar pada dari mula hingga ke akhir. Lagi satu, kenapa ia mimpi buruk pula? Bagi saya, ia adalah sebuah mimpi yang indah bagi dia, betul? Adakah anda rasa begitu? Tak apa, akan ada sambungan yang seterusnya. Harap bersabar hehe.

Sahabat Bermimpi Buruk 3 - Penutup Cerita Mimpi Buruk

Beberapa hari kemudian sejak peristiwa buruk itu. Dia sedang mengemaskan didalam biliknya. SC pula tengah tidur nyenyak diatas katil yang bertingkat dua dan berwarna hitam. Selepas mengemas bilik, tiba-tiba perut dia menjadi laguan dan bergelora. Al-maklum dia sangat lapar. Dia mahu makan tetapi tiada sesiapa yang mahu temankan dia pergi ke kafeteria untuk makan tengahari. Ramai kawan di asrama putri selain SC tidak berapa suka berkawan dengan dia. Sungguh kesian. SC masih tidak bangun-bangun sambil berpelukan dengan patung bear kesayangannya (anak patung). Dia tidak mahu kejut SC sebab SC mengalami kekurangan tenaga disebabkan dia banyak melakukan tugasannya sejak akhir-akhir ini. Jadi, dia terpaksa pergi dengan seorang. Apa yang pelik iaitu, bayangan atau gambaran Si Misteri langsung tidak bermain dalam fikiran dia lagi. Sebaliknya dia ingin melupakannya. Sudah tentu tidak kerana apa yang pasti dia tidak mungkin akan lupakan dengan mudah. Setelah sampai di kafeteria, dia pun terus mengambil sekeping pinggan makan. Banyak lauk dan sayur-sayuran telah tersedia di depan mata dia. Melihat setiap satu lauk demi satu lauk sambil jari telunjuk kanan berbelek-belek terhadap lauk tersebut. Kelakuannya agak mencomelkan kita. Betul ke? Hehe...

Ting ting... ting ting.. Telefon bimbit dia bergetar di atas meja makan. Apabila sudah mahu makan tetapi bunyi telefon bimbit telah menghalang dia daripada menelan nasi. Dia segera melihat handphone dan mendapati ada sebuah mesej daripada Si Misteri. Rasa selera dia sudah hilang dengan pantas. Dalam mesej Si Misteri itu berkata, "Ukhti, boleh tak enti datang jumpa ana di gate? Ana ada beberapa sesuatu hendak cakap dengan enti", kata-kata SM dalam mesej itu. Dan dia pun membalas mesej itu dengan berkata, "Okey, ana akan pergi jumpa enta sekarang juga. Tunggu sekejap ya". Debaran hati dia makin bertambah. Dia masih ragu-ragu samada dia kena jumpa Si Misteri atau tidak. Lalu dia meninggalkan kafeteria dan menuju ke pagar di belakang kampus asrama. Akan tetapi, hasrat hendak berjumpa Si Misteri tidak menjadi. Sebaliknya dia beredar ke tempat lain pula. Dia merasakan agak tidak sedap hati jika dia pergi ke pagar yang diawasi oleh satu atau dua orang pengawal kampus. Sebab itulah dia terpaksa menolak suruhan Si Misteri dan juga tidak mahu nama baik dia tercemar disebabkan masalah disiplinnya. Entah-entah SM sedang menunggu di pagar masa itu.

Selepas itu, dia berjalan di tepi jalanraya dalam kira-kira kurang dua kilometer dari kampus. Dia mulai tidak larat untuk menggerakkan kedua-dua kakinya yang semakin lemah. Ukuran dua kilometer merupakan jarak agak jauh bagi pejalan kaki. Dia tidak mahu dijumpai oleh kawan-kawan terutamanya Si Misteri. Ketika dia sedang berjalan, dia ternampak ada sebuah tempat menunggu bas yang berhampiran. Dan dia pun terduduklah berehat tidak lama kemudian. Banyak kenderaan yang sentiasa berlalu lalang di jalanraya. Tak lama itu, dia ternampak ada sebuah kereta berjenama Myvi yang sedang mencari parking. Si pemandu tidak kelihatan kerana tingkap kereta agak gelap dan ia mengaburkan mata dia yang sepet comel. Dia cuba memerhatikan gerak hati pemandu Myvi dari pandangan yang jauh. "Adakah itu akhi Si Misteri? Harap-harap tidak", bisik hatinya. Kemudian, si pemandu sudahpun keluar dari pintu keretanya. Betullah si pemandu yang berpakaian t-shirt berwarna putih itu adalah Si Misteri! Alangkah terkejutnya dibuat oleh SM. Tetapi, SM tidak perasan atau tidak tahu bahawa dia memang berada di tempat menunggu bas. Dia cuba memusingkan ke belakang agar tidak terlihat oleh SM sambil melabuhkan seluruh anggota badan seperti orang Arab. Dia cepat-cepat menghantarkan mesej ringkas kepada Si Misteri melalui pesanan telefon bimbit (SMS). Situasi cuaca masa itu semakin mendung semakin kencang. "Akhi, kenapa enta masih mencari ana?", kata comel dia dalam SMS. Si Misteri telah mendapat mesej dan membacanya. Muka SM berpusing kanan kiri kanan dimana dia berada. Oleh kerana susah nak cari, maka SM menelefon dia segera.


Dialog mereka berdua berbunyi perang seperti dibawah,

SM : Assalammualaikum. Hey ukhti, dimanakah enti sekarang? Ana tengah mencari enti lah!
Dia : Hmmm...
SM : Ukhti, dengar suara ana tak? Enti kat mana sekarang? Ana nak jumpa enti.
Dia : Enta lah yang sombong dan ego sangat! [suara tegang]
SM : Tidaklah ukhti. Enti salah faham nampaknya.
Dia : Tapi pasal hari itu kenapa?! Enta memang bersikap ego terhadapa ana! Sakit hati ana tahu.
SM : Ya Allah! Okey okey, ana mengaku ana yang bersalah. So, enti dimana sekarang? Ana benar-benar ingin jumpa enti. Dari tadi kat gate ana dah lama tunggu enti tapi enti tak muncul-muncul lagi. Puas ana mencari enti merata tempat. Adakah perkara ini masih tak cukup bagi enti? Kita bawa berbincang ini. Please.. please.. Tolonglah ukhti. [kata-kata merayu]
Dia : Hmmm... Okey, ana kat sinilah. [suara makin lembut]
Dia cuba melambaikan sebelah tangan kanannya terhadap Si Misteri sebaik sahaja tamat perbualan telefon tadi. Dia nyaris-nyaris hendak nangis tetapi cuba menyembunyikan perasaan sedih. Cuaca masa itu mendung pada mulanya dan kini semakin malap. Maka, turunnya hujan yang lebat. SM masih samar-samar kerana tidak nampak dia apa-apa hinggakan SM berjaya menemui dia. Hati dia tergelak-gelak apabila melihat kepala Si Misteri berpusing mengikut bulatan. Kemudian, SM tersenyum sambil membalas dengan melambaikan kepada dia semula. Isyarat itu memberitahu bahawa SM menyuruh dia datang kepada SM. Itu pun dia bergegas pergi jumpa SM yang tidak jauh antara jarak mereka. Keadaan semakin hujan lebat. Semasa sahabat saya hendak melintasi di jalanraya, tiba-tiba ........ Proooooommm!!!!! [bunyi hon sebuah kenderaan]


Tiba-tiba sahabat saya telah terjaga dari tidur. Rupa-rupanya itu hanyalah mimpi buruk! Hampir seluruh anggota badannya berpeluh basah dan mukanya membiru. Astaga... Yang paling penting, dia dapat bernyawa lagi selepas mengalami mimpi ngeri. Sejak itu, dia sudah tidak mengalami perkara itu lagi. Beginiah jalan cerita mimpi sahabat saya yang saya telah mengarang ini.

~P/S~
Selepas saya habis mendengar luahan cerita sahabat itu, saya mendapati Si Misteri mungkin adalah calon suami masa depan yang amat sesuai untuknya. Kalau bukan, adalah mustahil yang dia sentiasa memikirkan tentang Si Misteri. Ditambah bukti yang lebih kukuh iaitu Si Misteri juga asyik mencari dia di dalam babak mimpi tersebut. Saya tidak tahu nama sebenar Si Misteri kerana sahabat saya tidak pernah beritahu saya semasa dia meluahkan pada saya. Jadi, saya faham-fahamlah. Ini saya cuma buat andaian sahaja. Pasal tentang lokasi-lokasi dalam mimpi dia juga tidak diketahui tetapi dia sendiri pernah kata yang kejadian itu berlaku di kawasan Politeknik walaupun bukanlah yang betul-betul. Mungkin tempat itu lain daripada yang lain. Jika anda termasuk blogger yang lain-lain, bolehlah beri sebarang komen pasal ini. Segala komen yang berunsurkan negatif seperti kata-kata kurang hormat, pedas, lucah dan sebagainya tidak akan dilayan. Tetapi saya sedia terima pendapat-pendapat kritik. Okey, syukran (terima kasih)!

Marilah Kenali Musuh Utama Kita, IBLIS

Biodata IBLIS

Nama :
Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir :
Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T
Status :
Fasiq kelas pertama (first class)
Agama :
Kafir
Tempat Tinggal :
Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan :
Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah S.W.T
Tempat Tinggal :
Neraka Jahanam
Hobi :
Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran :
Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita :
Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai :
Homoseksual dan Lesbian
Hiburan :
18 SX


Status Perniagaan IBLIS


Modal perniagaan :
Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat :
Umat Islam
Moto :
"HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Kelemahan :
Istighfar
Kroni :
Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki :
Harta haram
Bilik operasi :
Tempat-tempat kotor lagi menjijikkan
Gaji :
Dosa

Sumber dari :
ILuvIslam.com

Pengertian & Sejarah - Israk Dan Mikraj

ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.

Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.


Artikel dari :
Permata Hatiku (click here)
Artikel tambahan : Tinta Diari Ku - Sejarah Terjadinya Israk & Mikraj (clik here)

kEiNdAhAn mAtEmAtiK



Keindahan matematik
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini 101%

Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

UnTuKmU aDaM DaN hAwA


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.