...[bersambung] Selepas itu, dia kembali ke asrama selepas peristiwa yang tidak kompleks atau implisit. Dia tidak kata dimana tempat kejadian itu kepada saya. Kemudian, Si Misteri pula entah kemana dia pergi selepas itu.
Sudah beberapa hari yang telah berlalu. Dia asyik bermurung dengan seorang di dalam biliknya. Kedua-dua matanya menjadi lembap. Malahan, kesihatan dia menjadi tidak seimbang. Dia kurang makan kerana Si Misteri. Rakan sebilik dia, SC pula masih tidak pulang lagi walaupun dia sudah lama keluar. Masa itu adalah hari cuti kuliah. Jadi, sahabat saya mulai mengambil langkah keluar dari biliknya dan menuju ke kafeteria untuk mengisi perutnya. Sebenarnya, dia pergi ke sana semata-mata mahu jumpa Si Misteri. Hati dia sering berbisik-bisik pasal 'kecahayaan' Si Misteri. Bagi dia, Si Misteri adalah seorang yang terlalu ego tetapi bukan egois sangat seperti yang saya telah katakan tadi. Dia cuma sendiri sukar mahu bayangkan itu. Dia tentu tahu bahawa peluang untuk temu Si Misteri agak sangat tipis kerana SM tidaklah selalu mengunjungi kafeteria. Kalau ada, SM hanya akan datang masuk untuk makan sahaja dengan rakan-rakan pria (lelaki) asrama sahaja. Kemudian dia terus balik ke kamar putri (bilik asrama perempuan) dengan perasaan yang sangat hampa. Bagaimanapun, dia masih meneruskan misinya selagi impian dia tidak direalisasikan lagi.
Tidak sampai sejam kemudian adanya seorang kawan putri (saya namakan dia sebagai MW) sendiri telah memberitahu dia bahawa Si Misteri ingin jumpa dia di kafeteria. Dia tidak menyangka dan sangat terkejut apa yang disampaikan oleh MW. Hatinya menjadi gembira dan tenang dengan secara perlahan-lahan. Si Misteri sememangnya sedang mencari-cari dia di seluruh merata tempat. Rupanya SM sendiri tidak tahu yang dia telah lama menunggu SM di kafeteria tadi. SM tidak perasan kerana tidak fikir akan kafeteria. Tidak lama itu, dia keluar semula dari biliknya dan menuju ke kafeteria untuk jumpa Si Misteri. Setelah sampai di kafeteria, dia menduduki atas kerusi yang lusuh tapi masih elok lagi sambil menanti-nantikan kedatangan Si Misteri.
Lima minit kemudian, tibalah Si Misteri di kafeteria dan mencari dia. Mereka telah bersua akhirnya. Bagaikan mereka baru berkenalan sahaja. Mereka mencari tempat duduk yang berhampiran dengan kaunter bayaran di cafe. Jarak kedudukan mereka dijarangkan kerana mereka bukan 'hubungkait' seperti yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. Si Misteri berkata, "Ukhti, ana amat risaukan anti. Dah lama ana cari-cari anti di merata tempat. Akhirnya ana dapat berjumpa anti, alhamdulillah", katanya yang serius dengan perasaan gembira. Dia yang sambil memandang ke arah muka SM yang penuh bercahaya terang itu nyaris-nyaris mendekati SM apabila mendengar kata-kata enak tu tetapi nasib baik SM dapat mengelakkan diri. Lantas SM bersikap ego semula terhadap dia yang tanpa berasa malu atas perbuatannya yang kurang sopan. Astaghfirullahalazim.

AMARAN!
Jangan cuba tiru aksi ini
Sebagai akibatnya, dia telah berbalah dengan Si Misteri walaupun sekejap sahaja dalam perbualan mereka. Dia telah bergegas balik ke bilik asrama dan berkurung diri semula. Dia hairan kenapa SM cepat mudah menjadi ego walaupun dia tidak pernah sentuh apa-apa pada Si Misteri. Dia asyik memikirkan tentang keistimewaan SM. Dia menyangka Si Misteri tidak tahu apa-apa tentang dia. Namun, ternyatalah bahawa SM sememangnya banyak tahu tentang dia sendiri tetapi berpura-pura atau hipokrit. Dia tidak suka pada sikap SM yang ego. Hal itu semakin merunsingkan dia. Kalau tidak suka, lebih baik jangan terus berkawan. Itu cuma cadangan saya sahaja. Si Misteri pula sudah 'hilang' di kafeteria sebaik sahaja kejadian tersebut. Pada lewat petang itu, SC telah kembali ke asrama putri. SC membukakan kunci pintu dan memasuki biliknya. SC mendapati bahawa rakan sebiliknya yang sedang bersedih sambil mentasbihkan diri sendiri dengan menggunakan serantai manik. SC menggeleng kepala menandakan rasa kesian terhadap sahabat lamanya. Lalu SC menyebut nama sebenar Si Misteri dihadapan dia. Ini bermakna SC seperti sudah tahu siapakah Si Misteri yang sebenar. Tetapi dia menolak kenyataan daripada SC kerana dia sendiri tidak tahu siapa pria misteri tersebut. Dia terlupa tanya kepada SM ketika berada di kafeteria tadi. Selepas itu dia menyambungkan bertasbih dan mengingati Pencipta-Nya. [akan bersambung lagi]~P/S~
Pada pendapat saya tentag jalan cerita mimpi sahabat saya diatas ini, saya berasa hairan kenapa dia sentiasa mengikuti atau mengejar seseorang misteri sedangkan dia tidak tahu nama SM yang sebenar pada dari mula hingga ke akhir. Lagi satu, kenapa ia mimpi buruk pula? Bagi saya, ia adalah sebuah mimpi yang indah bagi dia, betul? Adakah anda rasa begitu? Tak apa, akan ada sambungan yang seterusnya. Harap bersabar hehe.

0 comments:
Post a Comment